Monday, 1 January 2018

PROSES KEJADIAN MANUSIA: PERBANDINGAN ANTARA AL-QURAN DAN SAINS MODEN

Image result for logo polisas

DUA 2012: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


TAJUK E-FOLIO

PROSES KEJADIAN MANUSIA: PERBANDINGAN ANTARA AL-QURAN DAN SAINS MODEN


NAMA PENSYARAH:

PUAN NORAINI BT NAWAWI


NAMA AHLI KUMPULAN:

1.     SITI MAISARAH BT AZLANI (02DTM17F1023)
2.     NOOR FATIRAH BT DASRIL (02DTM17F1106)
3.     NUR AIN FATIHAH BT ZAINUDIN (02DTM17F1014)
4.     NUR FATIHAH HAZIRAH BT MOHD HARIS (02DTM17F1017)
5.     PUTERI AFIFAH BT ZAHARUDDIN (02DTM17F1083)
6.     NABILA BT MOHD NOR (02DTM17F1101)


KELAS : DTM2A


SESI: DISEMBER 2017





ISI KANDUNGAN
  1. PENGENALAN
  2. PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
  3. PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
  4. PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS MODEN
  5. PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS MODEN
  6. KESIMPULAN
  7. RUJUKAN
  8. LAMPIRAN




 PENGENALAN

Manusia mempunyai takrifan yang berbeza-beza menurut biologi, rohani dan istilah kebudayaan atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sepiens iaitu sebuah spesies daripada golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, manusia dijelaskan melalui konsep jiwa yang bervariasi di mana dalam agama dikaitkan hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup. Dalam hal kebudayaan, manusia dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majmuk serta perkembangan teknologinya dan juga berdasarkan kemampuannya membentuk kelompok untuk sokongan antara satu sama lain serta pertolongan.

Manusia dari segi Islam membawa maksud insan iaitu makhluk yang tidak sempurna. Tetapi, hal ini tidak membawa maksud kepada fizikal seseorang tetapi dari segi kerohanian dan tabiat ataupun  budaya serta personaliti manusia. Selain itu, manusia merupakan sejenis makhluk Allah yang teristimewa dari makhluk lain kerana terdapat sifat-sifat khusus yang telah diberikan kepadanya untuk membolehkannya menanggung amanah Allah yang tidak mampu tertanggung oleh makhluk lain.

Terdapat perbezaan persepsi tentang proses kejadian manusia antara Al-Quran dan sains moden. Sebagai umat islam, kita telah mengenali bahawa manusia pertama yang dicipta olah Allah SWT ialah nabi Adam A.S sebagai mana yang tertera dalam Al-Quran, Allah SWT menciptakan manusia (nabi Adam A.S) melalui tanah. Kemudian, Hawa pula dicipta melalui tulang rusuk nabi Adam dan daripada mereka diciptakan pula keturunan manusia. Menurut Al-Quran, keturunan manusia terlahir melalui beberapa tahap iaitu melalui percantuman benih lelaki dan perempuan (NUFTAH) kemudian segumpal darah (ALAQAH) yang membentul seketul daging (MUDGHAH) dan menjadi beberapa tulang (IZHAM). Kemudian, tulang yang dibaluti daging tersebut ditiupkan roh olah Allah SWT sepertimana tertera dalam dalil tersebut;

       “Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian ia menjadikan kamu berpasang (lelaki dan perempuan), dan tiada mengandung seseorang perempuan sahaja (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalan Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sajaha kepada Allah.” (Surah Fathir : 11)

      Selain itu, melalui perspektif sains moden pula, kejadian manusia merangkumi tiga(3) tahap utama. Tahap-tahap tersebut merupakan tahap pre-embrionik, tahap embrionik dan tahap fetus. Setelah melalui tahap-tahap tersebut maka terbentuklah seorang manusia yang bakal lahir ke dunia. Terdapat juga beberapa teori sains tentang proses kejadian manusia yang diperkenalkan oleh beberapa orang ahli Sarjana Barat. Antaranya termasuklah teori abiogenesis yang dibawa oleh Aritotle dan juga teori dari Charles Darwin yang dikenali sebagai Teori Darwin. Teori ini menyatakan bahawa manusia berasal dari orang utan. Hal ini kerana menurut Charles Darwin, terdapat beberapa persamaan yang didapati antara seorang manusia dengan seekor orang utan. 




PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN


Kejadian manusia menurut sains tidak jauh berbeza dengan perspektif islam. Di dalam Al-Quran jelas menerangkan dengan terperinci tentang kewujudan manusia itu sendiri. Al-Quran menyatakan dengan tegas bahawa manusia diciptakan daripada tanah dengan berbagai istilah seperti debu (Surah Ali-Imran:59), tanah kering dan lumpur hitam (Surah Al-Hijr:28), tanah liat (Surah Ash-shafat:11), sari pati tanah (Surah Al-Sad:71) dan sebagainya. Semasa penciptaan Adam A.S, Allah telah berfirman bahawa “Jadilah, maka jadilah ia” (Ali-Imran:59). Oleh itu, proses kejadiaan manusia menurut Al-Quran adalah lebih sahih dan relevan kerana mempunyai bukti yang kukuh.

Berpandukan pada Surah Al-A’la ayat 1 hingga 3, penciptaan atau kejadian manusia terbahagi kepada tiga (3). Hal ini telah menjadi titik tolak kepada proses kejadian manusia dan menunjukkan tanda-tanda kemuliaan manusia. Pertama, Allah telah menciptakan manusia pertama daripada tanah (Adam). Kedua, penciptaan manusia daripada bahan baku manusia pertama (Hawa). Akhir sekali, penciptaan manusia daripada bahan baku manusia pertama (Adam) dan baku kedua (Hawa). Oleh itu, kita sebagai anak cucu Adam haruslah berasa bangga kerana kita diciptakan daripada sebaik-baik kejadian dan lebih mulia daripada makhluk yang lain.

Dalam Surah Al-Qiyamah ayat 37-39, penciptaan manusia terbahagi kepada empat (4) tahap. Allah telah menyatakan bahawa manusia terjadi daripada percampran nuftah. Nuftah merupakan air mani dan air mani ini terdiri daripada air mani lelaki dan perempuan. Allah telah berfirman dalam surah Al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud;


“Kemudian kami mengubah nuftah menjadi alaqah (seketul darah), lalu kami menciptakan seketul darah beku itu menjadi seketul daging (menjadi anggota badan) dan seketul daging itu kami jadikan tulang-tulang itu dan kami bungkus dengan daging (terbentuk segala sistem saraf).” (Al-Mukminun : 14)





PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN



PERINGKAT PERTAMA (NUFTAH)

Nuftah adalah peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Allah telah berfirman dalam Al-Quran melalui surah Al- Insan ayat 2 mafhumnya,

“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang kami (hendak menguji dengan perintah  dan larangan). Kami jadikan dia melihat dan mendengar”. (Surah Al-Insan : 2)

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran. Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.


PERIGKAT KEDUA (ALAQAH)

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti  manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.


           Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama atau hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selapas itu, Kami mengubah nuftah menjadi alaqah;

Firman Allah yang bermaksud;
            “Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.”   (Surah Al-Mukminun : 14)
    Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah
         Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga didalam rahim.


PERINGKAT KETIGA (MUDGHAH)

      Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Hajj ayat 5 dan Surah Al-Mukminun ayat 14.
Firman Allah yang bermaksud;

            “Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging” (Al-Mukminun : 14)

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.


PERINGKAT KEEMPAT (IZAM DAN LAHM)

        Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud;

            “Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging” (Al-Mukminun : 14)

            Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah pinggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.



PERINGKAT KELIMA (NASY'AH KHALQAN AKHAR)

        Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.


PERINGKAT KEENAM (NAFKHUR-RUH)

            Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam Al-Quran surah Al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t.





PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS MODEN


Berbicara tentang asal-usul kejadian manusia mengharuskan kita untuk berbicara tentang asal-usul kehidupan dan hidup. Teori pertama yang dapat dikenali dari Aristotle (384-322M) yang disebut sebagai teori Abiogenesis atau Generasio Spontanea. Menurut teori ini, semua yang hidup muncul secara terus menerus dari yang mati atau materi. Namun teori ini di ragui oleh Lazardo Spanlazani, Frencesco Redi (dari Itali) dan Louise Pasteur (dari Perancis), berhasil membuktikan bahawa makhluk hidup tidak dari materi yang mati. Semenjak itu, pada tahun 1860, telah muncul teori baru yang menyatakan bahawa semua makhluk yang hidup berasal dari yang hidup sebelumnya (omne vivum ex vivo).

Setelah itu, munculnya teori evolusi dari Charles Darwin(1809-1882). Pada hakikatnya merupakan kelanjutan sahaja dari teori “omne vivum ex vivo”. Menurut Charles Robert Darwin pada tahun 1800-1882 bahawa haiwan, tumbuhan, dan juga manusia merupakan hasil perubahan evolusi dari makhluk hidup yang sangat sederhana pada awal kehidupan di bumi, yang secara perlahan-lahan melalui proses penurunan dengan modifikasi yang akhirnya berkembang menjadi spesies organisme di muka bumi ini, termasuk di dalamnya adalah kejadian manusia.

Khusus tentang kejadian manusia, menurut teori evolusi Darwin, manusia adalah haiwan atau binatang yang lebih maju dibandingkan haiwan atau spesies lain. Pada tahun 1842 Darwin telah menyusun kerangka teorinya dalam sebuah buku yang setebal 250 halaman yang telah diselesaikan pada tahun 1844, yang kemudian ia beri judul The Origin of the Species by Means of Natural Selection pada tahun 1859 dan buku lain dengan judul The Origin of Men pada tahun 1871 yang kemudian terkenal dengan istilah Teori Evolusi Darwin.


Teori Darwin berdasarkan atas seleksi alam yang dapat menghasilkan perubahan besar pada organisma setelah waktu yang lama bahkan pada suatu saat tertentu dapat menghasilkan spesies baru. Dia juga mengatakan bahawa semua organisme yang meliputi seluruh tumbuhan dan haiwan yang ada dan pernah ada berkembang dari beberapa atau bahkan satu satu bentuk yang sangat sederhana melalui proses penurunan dengan modifikasi melalui seleksi alam.

Seiring dengan perkembangan dunia ilmu pengetahuan modern, teori Darwin ini lambat laun digugurkan oleh para ilmuwan-ilmuwan modern yang disebabkan kerana kegagalan Darwin dalam menjelaskan proses mekanisme transdormasi gen dari DNA kera menjadi manusia. Sungguh sangat gempar dan ironis bagi para ilmuwan dan kita pada saat ini yang telah lama belajar mendalami ilmu dan konsep teorinya.

Hal ini dapat dilihat melalui dalam diagram yang dibuat oleh Washburn (tahun 1960). Persoalan jika benar manusia berasal dari kera mengapa manusia tidak berubah menjadi kera dan begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, manusia dan kera berbeda dan teori ini tidak relevan.


PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS MODEN

Teori sains menyatakan bahawa bayi yang di dalam kandungan akan mengharungi tiga tahap utama iaitu Pre-embrionik, Embrionik dan fetus.


TAHAP PRE-EMBRIONIK


Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel akan menyusun dan mengatur diri mereka sendiri kemudian membentuk tiga lapisan.

TAHAP EMBRIONIK


Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai “embrio”. Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.

TAHAP FETUS

Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”. Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahap ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran. 

Menurut kajian sains, manusia sebagai individu yang terdiri daripada sel daging, tulang, saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Pertemuan benih ayah dan ibu membentuk janin dalam rahim ibu, yang tumbuh secara evolusi. Setelah janin itu sempurna Ia lahir sebagai bayi. Jikalau dipandang secara jasmaniah tidak banyak beza proses pertumbuhan janin manusia daripada haiwan peringkat tinggi, akan tetapi setelah janin itu lahir sebagai manusia , terdapat perbezaan yang asasi antara bayi manusia dan bayi haiwan, perbezaan itu semakin hari akan kelihatan.Proses untuk menjadi lebih dewasa bagi anak haiwan lebih cepat berbanding anak manusia.Sebagai contoh, anak ayam setelah keluar daripada telur, ia akan boleh berjalan dan mencari makanan sendiri. Akan tetapi, anak manusia memerlukan waktu yang lebih panjang dan lama untuk dapat mencari makan. Anak manusia memerlukan waktu yang panjang untuk mendapat pendidikanbagi dapat berdiri sendiri . Makin moden satu masyarakat, maka makin lama masa yang diminta oleh pendidikan untuk mendewasakan warganya. 



KESIMPULAN


Kesimpulannya, tiada perbezaan yang ketara dalam proses kejadian manusia melalui Al-Quran dan sains moden. Hal ini kerana melalui Al-Quran, proses kejadian manusia yang diperkatakan adalah bermula dengan percantuman antara benih (Nuftah) kemudian menjadi segumpal darah (Alaqah) seterusnya seketul daging (Mudghah) menjadi beberapa tulang (Izham) dan kemudiannya ditiupkan pula roh ke dalam tulang yang telah dibaluti oleh daging tersebut. Proses ini adalah sama seperti yang dinyatakan dalam pembelajaran sains moden di mana peringkat awalnya ialah percantuman sel sperma dan sel ovum (Nuftah), kemudian blastosit pula menempel pada uterus sama seperti peringkat Alaqah. Peringkat embrio pula merupakan peringkat yang sama dengan pembentukan Mudghah, Izham dan Lahm. Manakala peringkat janin seperti peringkat Nasy’ah Khalaqan Akhar. Seterusnya peringkat plasenta yang terbentuk lengkap pula selari dengan peringkat Nafkhur Ruh kemudian akhirnya berlaku pula penyempurnaan kepada yang telah wujud. Maka jelaslah bahawa sains moden dan Al-Quran mempunyai konsep utama yang sama dalam proses kejadian manusia. Walaupun terdapat teori-teori daripada sarjana barat, teori tersebut tidak diambil kira oleh masyarakat pada hari ini. Contohnya seperti teori abiogenesis yang dipelopori oleh Aristotle merupakan teori yang langsug tidak pernah diterima oleh masyarakat dunia. Selain itu, teori dari Charles Darwin iaitu Teori Darwin hanya pada peringkat awal sahaja ada masyarakat yang mempercayainya tetapi setelah mengikut logik akal fikiran, teori tersebut telah dinafikan dan diketepikan. Oleh itu, berdasarkan huraian-huraian perbandingan diatas, dapatlah disimpulkan bahawa proses kejadian seorang manusia itu sama dinyatakan melalui Al-Quran dan Sains moden. Walaupun terdapat nama-nama peringkat kejadian tersebut barlainan antara Al-Quran dan sains moden, tetapi secara umumnya, peringkat tersebut adalah sama dan serupa.


RUJUKAN






LAMPIRAN

Image result for sperma dan ovum
SPERMA DAN OVUM
JANIN PADA USIA 12 MINGGU

JANIN MENDAPAT MAKANAN DARIPADA PLASENTA


Related image
PEMBENTUKAN JANIN
Image result for teori darwin
KEJADIAN MANUSIA MELALUI TEORI DARWIN
    
Related image
KEJADIAAN MANUSIA MENURUT SAINS MODEN

PROSES KEJADIAN MANUSIA

No comments:

Post a Comment

PROSES KEJADIAN MANUSIA: PERBANDINGAN ANTARA AL-QURAN DAN SAINS MODEN

DUA 2012: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TAJUK E-FOLIO PROSES KEJADIAN MANUSIA: PERBANDINGAN ANTARA AL-QUR...